Saturday, May 23, 2009

Tips Bertudung

  1. Ikhlaskan hati dan hal ini akan memancarkan "inner beauty" anda ketika bertudung.
  2. Pilihlah tudung sesuai dengan keperluan dan sesuaikan dengan busana muslimah yang akan dipakai.
  3. Serasikan warna & model tudung dengan suasana dan aktiviti anda.
  4. Gunakan tudung yang memiliki pola, design dan jahitan yang sesuai dengan bentuk muka anda, agar tidak mengganggu aktiviti anda seharian ketika dipakai.
  5. Pilihlah jenis tudung sesuai dengan cuaca, jika dalam keadaan panas, pilih yang nipis dan yang agak tebal untuk cuaca sejuk dan dingin.
  6. Untuk mendapatkan penampilan ceria, pilihlah warna atau corak yang terang.
  7. Untuk kelihatan lebih anggun, gunakan tudung yang berwarna lembut atau gelap dari kain chiffon, bawal maupun sutera, ditambah dengan sulaman maupun manik yang tidak begitu menonjol.
  8. Jika anda kesulitan memilih warna tudung maka pilihlah warna neutral (hitam, putih, coklat atau krim).
  9. Pelbagaikan pemakaian tudung anda dengan tambahan bandana, brooch sesuai dengan pakaian anda.